KAEDAH PENGURANGAN EMISI DARI PEMBAKAR LAPISAN TETAP MENGGUNAKAN UDARA TAMBAHAN/BERPERINGKAT
Abstract
Kertas kerja ini menerangkan kajian keberkesanan kaedah -pembekalan udara berperingkat bagi mengurangkan pancaran (emisi) dari pembakar lapisan tetap. Penggunaan udara berperingkat dapat mengurangkan penghasilan gas emisi yang berbahaya dengan melengkapkan proses pembakaran bahan api iaitu berlaku proses pengoksidaan yang lengkap kepada unsur-unsur di dalam bahan bakar semasa tindakbalas kimia berlaku. Hasil ujikaji menunjukkan penambahan udara berperingkat semasa pembakaran dapat mengurangkan peratus pembentukan nitrogen oksida, NOx sebanyak 50% dan karbon monoksida, CO sebanyak 25% berbanding pembakaran yang dilakukan tanpa kehadiran udara tambahan. Kadar pengurangan emisi semasa pembakaran bergantung kepada beberapa parameter iaitu kadar alir udara tambahan dan utama, kaedah suapan bahan bakar dan kadar suapan bahan bakar. Kesimpulannya udara berperingkat terbukti boleh mengurangkan kadar penghasilan emisi tetapi ia bergantung kepada bebe rapa parameter yang mesti dikawal bagi membolehkan ia dikawal pada tahap paling optimum.
References
Clement, Raymond and Kagel, Ron, 1990, Emissions from Combustion Processes: Origin, Measurement, Control, Michigan, USA, Lewis Publishers, Inc.
De Nevers, Noel, 1995, Air Pollution Control Engineering, 2nd ed., University of Utah , USA, McGraw-Hill.
Flagan, Richard C. and Seinfeld, John H., 1988. Fundamentals of Air Pollution Engineering, New Jersey, USA: Prentice-Hall Inc.
Mohammad Nazri Mohd. Jaafar, Farid Nasir Haji Ani, Ainul Hayati Yunus, Aplikasi Udara Berperingkat Bagi Mengurangkan Pancaran Dalam Pembakar Lapisan Terbendalir, Malaysian Science & Tecnology Congress 2000 pada 7 - 9hb. November 1999 di Awana Hotel, Genting Highlands.
Mohammad Nazri Mohd. Jaafar, Farid Nasir Haji Ani, Loh Kar Yee, Pengurangan Emisi dari Pembakar Lapisan Terbendalir Melalui Pembakaran Udara Berperingkat, Malaysian Science & Tecnology Congress 2001 pada 8 - 10hb. Oktober 2001 di Melaka.
Gardiner, William C. Jr. , 1984, Combustion Chemistry, New York, USA: Springer-Verlag Inc
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright of articles that appear in Jurnal Mekanikal belongs exclusively to Penerbit Universiti Teknologi Malaysia (Penerbit UTM Press). This copyright covers the rights to reproduce the article, including reprints, electronic reproductions or any other reproductions of similar nature.