KAEDAH-KAEDAH PROSES PEMBUATAN MENGHASILKAN PRODUK BERASASKAN BAHAN RENCAM (KOMPOSIT) PLASTIK BERTETULANGKAN GENTIAN KACA (GFRP)

Authors

  • Shukur Hj. Abu Hassan Pusat Komposit UTM Jabatan Mekanik Gunaan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Univers iti Teknologi Malaysia 81310 Johor Bahru, Johor

Keywords:

Keywords

Abstract

Proses pembuatan sesuatu produk berasaskan penggunaan bahan
termaju seperti bahan plastik bertetulangkan gentian telah melalui
beberapa peringkat kemajuan dalam teknologinya. Bermula dengan
penemuan kaedah yang dinamaka n Bengkalai Tangan (Hand Lay-up)
hinggalah kepada penemuan beberapa kaedah yang serba canggih di
mana dapat memenuhi spesifikasi teknikal yang diperlukan oleh
perekabentuk dan pihak pembuat (manufacturer). Teknologi pembuatan
sesuatu produk ya ng berasaskan bahan kompos it termaju adalah amat
didorongi oleh kehendak produk itu sendiri. Kebanyakan penemuan
kaedah pembuatan adalah dipelopori oleh pih ak pembuat serta
kerjasama dari pihak penyelidik bagi mencari satu penyelesaian kepada
kehendak teknikal sesuatu produk. Dalam kertas kerj a ini, ditunjukkan
empat kaedah proses pembuatan yang melibatkan penggunaan bahan
polimer komposit yang masih dipraktikkan oleh pihak industri
pembuatan masakini.

Downloads

Published

2018-05-21

How to Cite

Hj. Abu Hassan, S. (2018). KAEDAH-KAEDAH PROSES PEMBUATAN MENGHASILKAN PRODUK BERASASKAN BAHAN RENCAM (KOMPOSIT) PLASTIK BERTETULANGKAN GENTIAN KACA (GFRP). Jurnal Mekanikal, 5(1). Retrieved from https://jurnalmekanikal.utm.my/index.php/jurnalmekanikal/article/view/294

Issue

Section

Mechanical