PENGARUH NOMBOR PUSAR KE ATAS PENGURANGAN EMISI NOx DARI PEMBAKAR BERBAHAN API CECAIR MENGGUNAKAN PEMUSAR UDARA ALIRAN PAKSI
Keywords:
Pemusar udara, emisi NOx nombor pusar.emisi OJ, bahan api cecair.Abstract
Pemusar udara, selain menstabilkan nyalaan adalah satu bentuk kawalan pasif bagi
mengurangkan emisi gas pembakaran. Bahan cemar yang keluar bersama gas ekzos terdiri
daripada gas oksida nitrogen (NOxJ. Gas ini amat merbahaya dan membawa kepada pencemaran udara sekeliling. Penggunaan udara pusar didapati dapat mengurangkan emisi NOx ini. Kekuatan pusaran diukur melalui nilai nombor pusar yang dapat dikira semasa merekabentuk pemusar udara. Kadar emisi ini bergantung kepada sudut pesongan bilah pemusar tersebut. Di dalam kajian ini, pemusar aliran paksi yang mempunyai sudut pesongan 40˚, 50˚, 60˚, dan 70˚ digunakan bagi membuktikan keberkesanan penggunaan pemusar udara aliran paksi ke atas pembakar dan pengaruh nombor pusar dalam mengurangkan emisi dari pembakar. Daripada ujikaji yang dijalankan dapat dilihat semakin tinggi nombor pusar, emisi NOx semakin berkurangan. Emisi NOx menurun sebanyak 36% apabila menggunakan pemusar aliran paksi bersudut 70° dibandingkan dengan pemusar aliran paksi bersudut 40˚.
References
Chigier, N.A, 1978. "Progress in Energy and Combustion Science" , Jilid 4. Oxford: Pergamon Press .
Lefebvre, A.H., 1997, "Pembakaran Turbin Gas (terjemahan)", Johor Bahru, Penerbit Universiti Teknolog i Malaysia.
Romales Ramli , 1998, "Merekabentuk, Membina dan Menguj i Sebuah Unit Pembakar ", Universiti Teknologi Malaysia, Tesis Sarjana Muda, FKM.
Mohammad Nazri Mohd Jaafar, 1997, "Emission from Gas Burner, Their impact on the Environmnet and Abatement Techniques: A Review". Jurnal Mekanikal, Jilid 1, Bil. 3, ms. 50 - 70.
Mohd Nazri Mohd Jaafar, Ismail Samat dan Muhamed Shukri Abdul Mookmin (2003), "Pengurangan emisi dari pembakar berbahan api cecair menggunakan aliran berpusar", Environmental 2003, 18 - 19 Februari 2003, The Bayview Beach Resort, Penang.
Mohd Nazri Mohd Jaafar, Muhamad Shukri Abdul Mookmin dan Ismail Samat 2003, "Effect of Varying the Swider Blade Angle on Reducing Emission from Liquid Fuel Burner", The Fourteenth International Symposium on Transport Phenomena, 6 -lO Julai 2003, Bali, Indonesia.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright of articles that appear in Jurnal Mekanikal belongs exclusively to Penerbit Universiti Teknologi Malaysia (Penerbit UTM Press). This copyright covers the rights to reproduce the article, including reprints, electronic reproductions or any other reproductions of similar nature.