PROJEK PEMBINAAN TANGKI PENYIMPANAN AIR GFRP MUATAN 40,000 GELEN (3 UNIT) DI SIBU ISLAND RESORT, MERSING
Keywords:
KeywordsAbstract
Pennintaan ke atas penggunaan tangki penyimpanan air yang
diperbuat dari bahan polimer komposit Gentian KacalPoliester
(Glassfibre Reinforced Plastics - GFRP) telah meningkat dan mula
mendapat perhatian masyarakat negara ini. Rekabentuk dan
pembuatan tangki yang berbentuk silinder dari bahan GFRP yang
berkapasiti tinggi memerlukan pengetahuan praktikal dan teori yang
luas. Projek pembinaan tangki penyimpanan air dari bahan GFRP di
Sibu Island Resort, Mersing yang berjumlah tiga (3) unit di mana
masing-masing berkapasiti 40,000 gelen (181.84 m3
) telah mengambil
masa hampir setahun untuk disempurnakan . Projek pembinaan ini
telah menggunakan khidmat kepakaran dua orang kakitangan Pusat
Komposit UTM (PUSKOM) dan seorang kakitangan Pusat Rekacipta
UTM (PRT). Penglibatan PUSKOM dalam projek ini adalah dibuat secara lantikan oleh Syarikat Hasilman Sdn. Bhd. (pihak kontraktor)melalui Uni-Technologies Sdn. Bhd.. pemilihan bahan komposit GFRP sebagai bahan struktur utama adalah amat bertepatan memandangkan keupayaan sifat mekanikal dan fizikalnya yang tinggi. Antara faktor pemilihan bahan tersebut turut didorong oleh kesan udara sekeliling pulau dimana berupaya bagi mempercepatkan proses kegagalan struktur hasil kesan tindakbalas kimia (kesan karat). Kejayaan dalam menyempurnakan pembinaan ketiga-tiga unit tangki penyimpanan air GFRP di Sibu Island Resort, Mersing telah menunjukkan satu contoh bahawa kerjasama dengan pihak luar dalam menjayakan sesuatu projek adalah merupakan satu pengalaman cukup beharga, khasnya yang melibatkan kerja-kerja penyeliaan di sesebuah pulau.
References
BS 4994, Specification for Design and Construction of Vessels and Tanks in Reinforced Plastics, 1987.
AS 2634, Chemical Plant Equipment Mode from GFRP Based on Thermosetting Resins, 1983.
JIS A 4110, Glassfibre Reinforced Plastic Water Tanks, 1989.
Spesifikasi Produk Syarikat Hasilman Sdn. Bhd.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright of articles that appear in Jurnal Mekanikal belongs exclusively to Penerbit Universiti Teknologi Malaysia (Penerbit UTM Press). This copyright covers the rights to reproduce the article, including reprints, electronic reproductions or any other reproductions of similar nature.